Selamat hari raye aidiladha buat semua umat islam, tak kira
walau dimana sahaja anda berada..seperti mana yang kita semua ketahui, umat
islam akan menyambut Hari Raya aidiladha @ hari raya korban pada 10 Zulhijah
(setiap tahun). Pada tarikh dan bulan yang sama, kaum Muslimin dari
berbagai-bagai penjuru dunia melaksanakan ibadah haji di tanah suci.
Qurban bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu
(termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10
Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana
bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Perayaan ini mengingatkan kita terhadap konsep pengorbanan
seorang ayah bersama anaknya,(kisah bersejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi
Ismail). Keteguhan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah menjadi
panduan dan pengajaran kepada kita semua. peristiwa pengorbanan tersebut
menujukkan bahawa Nabi Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan
keredaan Allah s.w.t. Dapat kita ketahui di sini, perayaan ini disambut oleh umat
islam adalah untuk memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim menyerahkan anaknya
sebagai korban kepada Allah, tuhan sekalian alam. Antara pengajaran penting
mengenai perayaan ini adalah kesatuan umat. tidak kira golongan kaya,
sederhana, mahupun miskin, mereka akan bersama- sama meraikan hari yang mulia
ini. semoga ukuwah yang dibina akan berterusan baik dan semakin erat
yerr(^_^)...amin..
Pada hari baik bulan baik ini, marilah kita memperbanyakkan
"berzikir"...Semoga setiap perbuatan dan amalan kita diberkati hendaknya(^_^)
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak
ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan
yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal
bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir
(Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)
SALAM UKUWAH, SALAM PERSAHABATAN, SALAM SAYANG semua..
No comments:
Post a Comment